Isnin, 29 Mei 2017

TAMAN MAWAR, BANDAR BARU SALAK TINGGI

LOKASI : TAMAN MAWAR, BANDAR BARU SALAK TINGGI

JENIS KERJA : UBAHSUAI KESELURUHAN KEROSAKAN RUMAH

KETERANGAN : BAIKPULIH RUMAH LELONG. UBAHSUAI DALAMAN DAPUR, BUAT TABLE TOP, BAIKPULIH KESEMUA 3 BILIK AIR, MENUKAR 1 TANDAS DUDUK KEPADA TANDAS CANGKUNG, MENGECAT ATAP, SILING BARU, DINDING BARU PEMBAHAGI DAPUR, MEMECAHKAN TEMBOK PAGAR HADAPAN, ALIH METER PAIP DAN MENDIRIKAN 2 TIANG BARU HADAPAN BESERTA LAMPU BULAT.





SEBELUM – pagar lama



SEBELUM – tembok dan meter paip


SELEPAS – keadaan hadapan rumah


 

SEBELUM – dapur lama



SELEPAS – dinding baru pembahagi dapur
 

SELEPAS – table top, dapur memasak jenis kaca & penyedut asap



SELEPAS – tile dinding kualiti tinggi
 


SEBELUM – tandas bilik bawah



SELEPAS – tile dinding, tandas duduk dan paip baru



SEBELUM – tandas bilik atas


SELEPAS – penggantian tile dinding dan paip baru


SELEPAS – penukaran kepada tandas jenis cangkung baru




Siling ruang tamu


Siling ruang makan

Khamis, 17 Disember 2015

PROJEK-PROJEK YANG TELAH DISIAPKAN TAHUN 2015

Kami telah berjaya menyiapkan puluhan projek dan kami akan cuba update projek Tahun 2015 dan projek Tahun 2016 yang telah siap, sedang dan akan kami jalankan.

Berikut adalah senarai projek yang telah disiapkan, sedang dan akan dijalankan tahun 2016 :-

1.   Kota Warisan, Bandar Baru Salak Tinggi –
Ubahsuai dapur, repair table top, pemasangan tiles dan saluran baru paip.

2.   Taman Intan Baiduri, Kampung Labu Lanjut –
Penambahan tepi bumbung (rumah semi-D) dan kemasan dalam rumah.

3.   Taman Emas Jaya, Dengkil –
Sambung dapur, Table Top konkrit, pemasangan tiles, ubahsuai parking dan balkoni atas, ubahsuai dinding bilik dan ruang tamu.

4.   Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi –
Sambung dapur, pemasangan tiles, table top konkrit dan kitchen kabinet.

5.   Taman Mawar Fasa 1, Bandar Baru Salak Tinggi –
Ubahsuai keseluruhan rumah, pecah tembok (luaskan pagar), ubahsuai parking, pemasangan tiles, penggantian pintu lama, plaster siling dan kornis, sambung dapur, table top konkrit, repair kesemua bilik air, water proof bilik air tingkat atas, tukar mangkuk tandas, shower dan sinki, cat baru atap genting, wiring dan cat keseluruhan rumah.

6.   Nilai Impian (Laman Orkid) –
Ubahsuai dalaman rumah, pembinaan dinding baru dan pemasangan brick tiles (artificial brick).

7.   Taman Indah KLIA, Salak Tinggi –
Sambung dapur (dinding kayu), plaster siling, wiring dan sambungan lantai dapur luar.

8.   Desa Salak Villa –
Ubahsuai parking dan luar dapur, pemasangan tiles.

9.   Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi –
Sambung dapur, repair bilik air, table top konkrit dan kitchen cabinet, bina pagar batu hadapan rumah.

10.  Taman Langat Murni –
Table top konkrit dan pemasangan kitchen hood (non-ducted).

Projek terkini :

11.  Nilai Impian (Laman Kekwa) –
Ubahsuai parking

Gambar-gambar kerja berkaitan akan dimuatnaik sedikit masa lagi.

Ahad, 13 Disember 2015

Terima Kasih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada pelanggan kami,
Terima kasih kerana sudi menggunakan khidmat kami.

Kepada pembaca dan bakal pelanggan,
Terima kasih kerana sudi singgah di blog kami. Insyaallah kami akan bentangkan info berkaitan serta hasil kerja kami selama ini.

Insyaallah, sedikit masa lagi kami akan upload gambar dan coretkan serba ringkas hasil kerja kami sepanjang tahun 2015. Ini bagi memastikan bakal pelanggan mendapat tahu perkembangan aktiviti syarikat kami serta info kerja kami yang terbaru.

Untuk makluman, syarikat kami mempunyai 2 kontraktor berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang pembinaan serta lebih 8 orang pekerja terlatih. Syarikat kami akan cuba mendapatkan lagi tambahan kontraktor dan pekerja terlatih seiring dengan perkembangan syarikat. 

Syarikat kami setakat ini menetapkan tidak akan mengambil lebih dari 2 kerja dalam satu masa.
Ini bagi menjaga kualiti kerja supaya tidak tergesa-gesa dan tidak dipantau. Selain itu, sekiranya terdapat sebarang masalah, pihak kami lebih mudah untuk tampil dengan seberapa segera.

Insyaallah, setiap urusan dilakukan secara profesional demi mempermudahkan kedua-dua pihak. Semoga urusan kita semua dipermudahkan. Aminn..

Jumaat, 11 Disember 2015

Renovation - Ubahsuai Rumah Kawasan Nilai Impian, B.B. Salak Tinggi, Dengkil & Sekitar



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami adalah  syarikat  bumiputera berdaftar yang menyediakan perkhidmatan ubahsuai rumah dengan berpengalaman lebih 10 tahun dalam membuat kerja-kerja renovation ubahsuai rumah.

Kerja-kerja yang kami buat adalah :-

- Renovate dan Ubah Suai Dalaman & Luaran Rumah  - Balkoni - Parking - Dapur - Pondok Rehat - Kolam 
- Sambung Dapur, Tepi Rumah & Parking
- Baiki Tandas & Bumbung 
- Pasang Tiles 
- Table top konkrit dan Kitchen Cabinet
- Mengecat - Wiring 
- Pagar - Grill - Awning
- Siling plaster dan cornice 
- Plumbing / paip. 
- Dan lain-lain




Kami bukan syarikat besar, Jika ada peluang kerja, Insyaallah dengan pengalaman yang kami ada, kami akan buat yang terbaik, berkualiti, kemas dan harga berpatutan.

Fokus kawasan kami adalah :-

Nilai, Nilai Impian, Bandar Enstek, Kota Seriemas, Bandar Baru Salak Tinggi, Dengkil, Jenderam, Salak, Labu Lanjut, Giching, Kota Warisan & Kawasan Berdekatan sahaja.


Kami tidak menjanjikan satu kawasan Negeri Sembilan, Selangor atau Kuala Lumpur sebab kami bertanggungjawab dengan kawasan kami. Urusan pun lebih dekat, mudah dan pantas. Jika ada sebarang masalah senang untuk jumpa. Kos pengangkutan juga lebih murah.

Jika berminat , boleh wassap @ sms @ call  

016 - 416 41 87

Atau email ke :     terasutuhservices@gmail.com

Panggil saja kami secara percuma untuk quotation perbandingan harga dan kerja. 

Kami beroperasi di Bandar Baru Salak Tinggi.





Kriteria kerja kami :-
1. Tidak akan ambil projek melebihi kapasiti pekerja (tidak melebihi 2 kerja dalam satu masa).
2. Kami akan menyusun jadual giliran@que sekiranya melebihi permintaan.
3. Surat Perjanjian atau senarai lengkap kerja boleh disediakan.
4. Ada jaminan/warranty hasil kerja 
5. Boleh lihat hasil kerja kami yang lepas di kawasan berdekatan anda.
6. Harga kerja kami bukanlah sangat murah (tidak berkualiti, cincai dan kurangkan spesifikasi keselamatan binaan) tetapi Insyaallah harga kerja kami berpatutan (mementingkan kualiti dan standard piawaian) serta mengikut bajet anda.
7. Kami akan cuba senaraikan secara teliti dan maklumkan kepada pelanggan jenis bahan, spesifikasi dan material yang digunakan
8. "Lock harga". Pihak kami tidak akan menaikkan harga kerja sesuka hati selagi termaktub dalam perjanjian dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.


Semoga dipermudahkan urusan kita semua. Insyaallah.